Interview Guru MARA 2015

Bismillah.

Earlier this January, saya dapat tawaran untuk menghadiri temuduga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan MARA Gred DG41/DC41 a.k.a guru MARA. 

Subjek Yang Ditawarkan : BIOLOGI
Tarikh Temuduga : 17/01/2015
Masa Temuduga : 7.00 PAGI
Pusat Temuduga : INSTITUT LATIHAN KECEMERLANGAN MARA (ILKM), PENANG

Actually I'm not into teaching, tak minat sangat dan tak berbakat dalam bidang mengajar. Tapi, I just gave it a go sebab parents and kawan-kawan pun cakap, pergi je, at least boleh dapat pengalaman. Ni merupakan interview paling jauh pernah pergi. PENANG ok! But actually tempat dia ni kat kawasan border between Parit Buntar (Perak), Kedah and Penang. So it took around 4-5 hours nak sampai sana dari KL. I went there with my parents and my sister. Kitorang bertolak sehari sebelum interview tu,  pukul 9 pagi, pastu sampai area Parit Buntar around pukul 2 camtu. Sampai je Parit Buntar, kitorang terus cari Parit Buntar Inn untuk bermalam and check in. 

Then, habis check in semua, pergi tengok tempat interview tu, ILKM. Dekat je dari Parit Buntar, around 10-15 minutes. Tapi ikut jalan kampung la, pakai GPS je.

Hari Interview

Ok so interview mula pukul 7 pagi, lepas solat Subuh tu kitorang terus gerak. Sampai ILKM, daftar, breakfast, pastu berkumpul kat dewan. Dalam dewan tu, kitorang diberi briefing pasal perjalanan/tentatif untuk interview. Interview ni ada 4 stage; Fitness Test, Psychometric Test, Microteaching dan sesi Group Interview. 

1. Fitness Test
Fitness ni adalah test untuk menguji tahap 'fit' atau tahap kecergasan jasmani. Dalam test ni, kitorang diberi test yang dinamakan Beep test. Ada level level dalam beep test ni, mungkin sampai level 10. Setiap level pulak, ada 7 sublevel. Bila fasilitator start bunyikan beep, kita kena lari ke next checkpoint sebelum next beep bunyi. Beep ni akan bunyi secara berterusan dan setiap level, tempoh dia makin pendek. Kitorang lari secara ulang alik dan tengok takat level mana boleh capai. Lagi tinggi level, lagi 'fit' lah orang tu.

2. Psychometric Test
Test ni adalah test yang paling senang sekali sebab jawab dalam komputer je. Masa diberi sejam. Soalan-soalan dia semua dalam bentuk objektif. Total soalan ada 40 ke 50, tak ingat. Soalan-soalan dia mostly tentang peranan guru, Akta Guru, soalan situasi dalam kelas dan kemahiran berfikir. Better kalau baca dulu akta-akta guru Malaysia. 

3. Microteaching
Sesi ni adalah sesi yang paling saya tak suka. Sebab bukan dari background pendidikan, pastu memang tak reti mengajar, pastu memang taktaulah cane cara nak mengajar. Hahah. Tajuk yang saya pilih untuk microteaching tu adalah 'Enzyme'. Ada 2 orang pemerhati/pemeriksa kat situ, pastu bilik dia besar gila. Memang kena kuatkan suara sikit. Lepas je habis 'mengajar' tu, pemerhati pun bagi la komen. Dia kata, it would be better if you maximise penggunaan whiteboard. Ok.. baru perasan masa mengajar tu asyik bercakap jek, tak guna pun kot whiteboard. Tunjuk2 kat bahan bantu mengajar je. Overconfident betul. lololol

4. Group Interview
Nervoussssss gila masa group interview ni. Satu group interview tu, ada 6 orang peserta. Penemuduga pulak ada 4 orang. Mana tak nervous, ramai gila kot dalam satu bilik interview tu. Dah macam meeting ke apa dah. Pastu rasa inferior sebab tengok peserta lain semua hebat-hebat. Ok, so here are some of the questions yang interviewer tanya;

- Why do you want to be a teacher?
- What do you know about MARA?
- What contribution can you make in extracurricular activity if you are to become a teacher?
- What do you think about the flood disaster that happened in Kelantan? In one word.
- Berapa rakaat dalam solat jenazah? (this is one random question. lol.)

Everybody dalam group jawab salah, except for one person je. Hahaha bila fikir balik, rasa nak gelak je from embarrassment. Mana ada rakaat dalam solat jenazah.

Dah habis semua ni, terus lari lari balik sebab lapar lunch. Haha. Habis dalam pukul 12 lebih. Overall best la jugak sebab jumpa ramaiiii orang sebaya, pastu semua course Biologi. Best best. Satu pengalaman.





Comments

  1. hi.. saya berminat utk apply guru mara. nak tanya, apa persediaan yg perlu ada time micro teaching? apa cth bahan bantuan mengajar? boleh buat power point ke?? -juga bukan drp bckground pddikan-

    ReplyDelete
  2. hi! lama sgt tak buka blog. dah 3 yrs baru perasan ada comment haha sorry. how did it go for u?
    utk microteaching tu, sy cuma guna kertas majung, lukis siap2 before datang interview. but actually u boleh bawa marker sendiri sbb ada whiteboard. or u can bring anything utk alat bantu mengajar. last time masa i pergi rasanya takde screen utk slideshow, so i tak prepare ppt.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

First Entry